Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru kepada guru- guru di seluruh Malaysia terutamanya kepada guru-guru di SKP(B). Tema Hari Guru pada tahun ini ialah‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Tema ini dipilih kerana ia menepati aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang baik dan berkesan. Sekolah perlu menjadi acuan dan landasan yang mampu melahirkan golongan pelapis generasi muda yang bergerak seiring aspirasi negara dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan kepada bangsa dan agama. Oleh itu, semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas pertama.





Pada 17 Mei 2010, SKP(B) telah membuat sambutan Hari Guru 2010 bertempat didewan Seri Purnama. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah Penyampaian perutusan Hari Guru oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn.Radiah Bt Jali, Ucapan YDP PIBG, Ucapan Guru Besar Cemerlang, Pn. Hjh. Latifah Bt Kedah, bacaan ikrar guru,nyanyian Lagu Guru Malaysia dan penyampaian cenderamata dari pihak sekolah dan PIBG. Seterusnya acara diteruskan dengan senamrobik, sukaneka dan persembahan dari guru.

No comments:

Post a Comment