Tuesday, May 11, 2010

SAMBUTAN HARI PUTERI PPIMNS DAN HARI KANTIN SKPB 2010


SALAM 1 MALAYSIA.

Pada 8hb yang lalu,SKPB telah mengadakan Sambutan Hari Puteri PPIMNS dan Hari Kantin Sekolah 2010. Perasmian penutup Hari Puteri dirasmikan oleh, Yang berhormat Datuk Hasim Bin Rusdi DMSM,PPT,JP,ANS,PMC,AMN,PJK, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal ehwal Pengguna dan kemudahan Awam,N.Sembilan. Terdapat pelbagai aktiviti yang dipertandingkan mengikut kategori sek.rendah dan sek.menengah pada sambutan tersebut.
Manakala bagi Hari kantin SKPB, terdapat 9buah gerai telah di buka. Antaranya ialah gerai minuman, gerai nasi lemak,gerai pakaian bundle,gerai permainan,Pc Game, gerai tayangan filem dan lain-lain lagi. Hari kantin yang diadakan mendapat sambutan yang meriah daripada murid sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Tahniah dan syabas di ucapkan kepada semua guru dan kakitangan SKPB yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Kantin 2010.

No comments:

Post a Comment