Monday, July 26, 2010

JEMPUTAN KE PROGRAM SESI PROFESIONALISME, MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UPSR 2010





Ibu bapa/penjaga dijemput hadir bagi menjayakan program.

HARI ICT SEKOLAH DAN GERAK GEMPUR FASILITATOR SCHOOLNET DAERAH JELEBU

Tarikh : 21 JULAI 2010
Masa : 8.00pagi - 5.00petang
Tempat : Dewan Seri Purnama
Sek.Keb.Petaseh (B)

Tuesday, June 29, 2010

PROGRAM PERJUMPAAN TIGA PENJURU (IBU BAPA, GURU DAN MURID)



TARIKH : 2 JULAI 2010
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK DARJAH


Kami memohon kerjasama tuan/puan untuk menghadiri program tersebut bagi membincangkan isu-isu berkenaan peningkatan prestasi akademik anak tuan/puan.


sekian, terima kasih.

Thursday, June 3, 2010

AKTIVITI SEMASA CUTI PERTENGAHAN TAHUN SEMESTER PERTAMA

1.BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
Tarikh : 5/6/2010 sehingga 9/6/2010
Peserta : Murid-murid tahun 6 SK Petaseh (B)


2.PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN
Tarikh : 9/6/2010
Tempat : DEWAN SERI PURNAMA SK PETASEH(B)
Masa : 3.30 Petang
Penceramah: Ustaz Wan Aminuddin B.Wan Abdullah
Kaunselor Pusat Kaunseling ( MAINS)


Ibu bapa murid-murid tahun 6 dijemput hadir untuk menjayakan program motivasi yang akan dijalankan. Kerjasama yang diberikan oleh ibubapa murid didahului dengan ucapan terima kasih.

Thursday, May 20, 2010

JEMPUTAN KE PROGRAM SARINGAN THALASEMIA UNTUK PELAJAR SK PETASEH(B)

Ibu bapa dan penjaga murid dijemput hadir untuk bersama-sama mendengar ceramah mengenai penyakit Thalasemia yang akan disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Jelebu.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru kepada guru- guru di seluruh Malaysia terutamanya kepada guru-guru di SKP(B). Tema Hari Guru pada tahun ini ialah‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Tema ini dipilih kerana ia menepati aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang baik dan berkesan. Sekolah perlu menjadi acuan dan landasan yang mampu melahirkan golongan pelapis generasi muda yang bergerak seiring aspirasi negara dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan kepada bangsa dan agama. Oleh itu, semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas pertama.





Pada 17 Mei 2010, SKP(B) telah membuat sambutan Hari Guru 2010 bertempat didewan Seri Purnama. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah Penyampaian perutusan Hari Guru oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn.Radiah Bt Jali, Ucapan YDP PIBG, Ucapan Guru Besar Cemerlang, Pn. Hjh. Latifah Bt Kedah, bacaan ikrar guru,nyanyian Lagu Guru Malaysia dan penyampaian cenderamata dari pihak sekolah dan PIBG. Seterusnya acara diteruskan dengan senamrobik, sukaneka dan persembahan dari guru.

Wednesday, May 12, 2010

Jadual Balik Murid Asrama SKPB 2010


Assalamualaikum w.b.t


Ibu bapa penjaga murid yang tinggal di asrama SKPB boleh merujuk jadual balik yang di lampirkan di sini untuk memudahkan tuan/puan menjemput anak-anak.