
Thursday, May 20, 2010
JEMPUTAN KE PROGRAM SARINGAN THALASEMIA UNTUK PELAJAR SK PETASEH(B)

Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru kepada guru- guru di seluruh Malaysia terutamanya kepada guru-guru di SKP(B). Tema Hari Guru pada tahun ini ialah‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Tema ini dipilih kerana ia menepati aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang baik dan berkesan. Sekolah perlu menjadi acuan dan landasan yang mampu
melahirkan golongan pelapis generasi muda yang bergerak seiring aspirasi negara dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan kepada bangsa dan agama. Oleh itu, semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas pertama.
Pada 17 Mei 2010, SKP(B) telah membuat sambutan Hari Guru 2010 bertempat didewan Seri Purnama. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah Penyampaian perutusan Hari Guru oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn.Radiah Bt Jali, Ucapan YDP PIBG, Uc
apan Guru Besar Cemerlang, Pn. Hjh. Latifah Bt Kedah, bacaan ikrar guru,nyanyian Lagu Guru Malaysia dan penyampaian cenderamata dari pihak sekolah dan PIBG. Seterusnya acara diteruskan dengan senamrobik, sukaneka dan persembahan dari guru.
Wednesday, May 12, 2010
Jadual Balik Murid Asrama SKPB 2010
Tuesday, May 11, 2010
SAMBUTAN HARI PUTERI PPIMNS DAN HARI KANTIN SKPB 2010

SALAM 1 MALAYSIA.
Pada 8hb yang lalu,SKPB telah mengadakan Sambutan Hari Puteri PPIMNS dan Hari Kantin Sekolah 2010. Perasmian penutup Hari Puteri dirasmikan oleh, Yang berhormat Datuk Hasim Bin Rusdi DMSM,PPT,JP,ANS,PMC,AMN,PJK, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal ehwal Pengguna dan kemudahan Awam,N.Sembilan. Terdapat pelbagai aktiviti yang dipertandingkan mengikut kategori sek.rendah dan sek.menengah pada sambutan tersebut. 

Manakala bagi Hari kantin SKPB, terdapat 9buah gerai telah di buka. Antaranya ialah gerai minuman, gerai nasi lemak,gerai pakaian bundle,gerai permainan,Pc Game, gerai tayangan filem dan lain-lain lagi. Hari kantin yang diadakan mendapat sambutan yang meriah daripada murid sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Tahniah dan syabas di ucapkan kepada semua guru dan kakitangan SKPB yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Kantin 2010.
Sunday, May 9, 2010
Sejarah Sekolah

Subscribe to:
Posts (Atom)